Archive
Jins Shamsudin atau nama sebenarnya Mohamed Zain Bin Shamsudin, satu nama besar yang masih berjuang untuk kegemilangan industri filem tempatan. Sudah berlakon lebih 50 buah filem dan merupakan penerima Anugerah Seniman Negara 2009 pada majlis Anugerah Seni Negara Ke-8 (ASN8).
Selain dari yang anugerah di atas, Tan Sri Jins juga pernah meraih Pelakon dan Pengarah Terabik menerusi filem Tiada Esok Bagimu di Festival Filem Malaysia yang pertama pada tahun 1980. Beliau juga meraih pengiktirafan Pengarah Terbaik menerusi filem Bukit Kepong dan Lakon Layar Terbaik meneruis filem Esok Untuk Siapa di Festival Filem Malaysia Ketiga pada tahun 1982.
Filem Bukit Kepong adalah antara filem-filem Melayu Boleh kesukaan aku. Walaupun filem itu adalah mengenai kekalahan Melayu di tangan komunis, tetapi ia juga menggambarkan semangat juang bangsa Melayu itu sendiri.
Maklumat Lain Mengenai Tan Sri Jins
- Tan Sri P.Ramlee, yang juga merupakan gurunya, turut berlakon dalam filem pertama arahan Tan Sri Jins Shamsudin – Bukan Salah Ibu Mengandung, pada tahun 1969
- Studio Pancha Delima dibina hasil dari keuntungan filem Bukit Kepong sebanyak RM400,000.
- Telah menerbitkan biografi hidupnya yang bertajuk Suria Kencana pada tahun 1998.
- Dijemput menyaksikan pelancaran kapal angkasa Appolo di Amerika Syarikat
- Merupakan warga filem Malaysia pertama yang masih hidup menerima gelaran Panglima Setia Mahkota (PSM) sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada tahun 2007.
Tags: festival filem malaysia, Jins Shamsudin, lakon layar, pelakon terbaik, pengarah · No comments so far · Leave a response »