Archive

melayu boleh habibahSelepas Hassan Abd Mutalib, kita ke Kuala Trengganu untuk tokoh Melayu kita seterusnya.

Pada bulan Mac pada tahun 2007, Hajah Habibah telah mendapat anugerah Tokoh Kraf Negara 2007 hasil penglibatannya secara aktif dalam senireka songket. Aku tidak menulis artikel ini, ia diambil dari majalah Asuh keluaran Julai 2007. Nak olah semula akan mengambil masa yang lama. Jangan marah jika ayat-ayatnya agak skema, ia bukan hasil tulisan aku. Al-maklumlah, majalah itupun untuk budak-budak. Tetapi, untuk budak-budak pun kita boleh belajar dari tokoh Melayu Boleh ini.

Mungkin ada yang berminat untuk jadi pereka songket. la satu kerjaya yang menarik asalkan ada minat. Lihat saja pereka songket terkenal, Hajah Habibah binti Zikri. Hajah Habibah berasal dari Kedah. Tetapi dia begitu berminat kepada kain songket. Dia sanggup menetap di Terengganu untuk mengembangkan minatnya. Dia telah menubuhkan sebuah syarikat pengeluar songket di Cendering, Kuala Trengganu. Syarikatnya mengeluarkan kain songket yang dikenali dengan nama Bibah Songket. “Saya bukan penenun. Saya pereka,” kata Hajah Habibah. Apa bezanya penenun dan pereka songket? Penenun adalah orang yang kerjanya menenun kain songket. Hajah Habibah tidak buat kerja itu. Kerjanya adalah menghasilkan rekaan corak kain songket. Kerja menenun dibuat oleh pekerja-pekerja Hajah Habibah yang seramai kira-kira 30 orang. Hajah Habibah seorang yang kreatif. Dia sentiasa menghasilkan rekaan-rekaan eorak terbaru. Pekerja pekerjanya akan menenun kain songket mengikut corak yang direkanya itu. Kerja menghasilkan rekaan songket ini memerlukan bakat dan kemahiran dalam senireka. Hajah Habibah memang berminat dalam bidang senireka sejak keeil lagi. Bakat dan kemahiran itu sentiasa diasah. Dia telah mempelajari bidang senireka tekstil (rekaan pada kain) di Institut Teknologi Mara (kini Universiti Teknologi Mara). Berkat kesungguhan dan bakatnya, dia terpilih sebagai pelajar terbaik. Hajah Habibah pernah bekerja dengan Kraftangan Malaysia sebagai pereka. Selepas itu dia berhenti kerja dan menubuhkan syarikat sendiri. Sejak itu dia giat mengeluarkan hasil tenunan songket. Semua kain songket yang dikeluarkan oleh syarikatnya adalah hasil rekaan Hajah Habibah sendiri.

p/s Tahukah anda bahawa untuk menghasilkan sehelai kain samping memerlukan 4320 helang benang?

Tags: , , , , , , , , · No comments so far · Leave a response »

Pos Berkaitan

Leave a Reply