Entries

jins shamsudinJins Shamsudin atau nama sebenarnya Mohamed Zain Bin Shamsudin, satu nama besar yang masih berjuang untuk kegemilangan industri filem tempatan. Sudah berlakon lebih 50 buah filem dan merupakan penerima Anugerah Seniman Negara 2009 pada majlis Anugerah Seni Negara Ke-8 (ASN8).

Selain dari yang anugerah di atas, Tan Sri Jins juga pernah meraih Pelakon dan Pengarah Terabik menerusi filem Tiada Esok Bagimu di Festival Filem Malaysia yang pertama pada tahun 1980. Beliau juga meraih pengiktirafan Pengarah Terbaik menerusi filem Bukit Kepong dan Lakon Layar Terbaik meneruis filem Esok Untuk Siapa di Festival Filem Malaysia Ketiga pada tahun 1982.

Filem Bukit Kepong adalah antara filem-filem Melayu Boleh kesukaan aku. Walaupun filem itu adalah mengenai kekalahan Melayu di tangan komunis, tetapi ia juga menggambarkan semangat juang bangsa Melayu itu sendiri.
Clik to read more »

No comments so far · Tags: , , , ,

melayu boleh habibahSelepas Hassan Abd Mutalib, kita ke Kuala Trengganu untuk tokoh Melayu kita seterusnya.

Pada bulan Mac pada tahun 2007, Hajah Habibah telah mendapat anugerah Tokoh Kraf Negara 2007 hasil penglibatannya secara aktif dalam senireka songket. Aku tidak menulis artikel ini, ia diambil dari majalah Asuh keluaran Julai 2007. Nak olah semula akan mengambil masa yang lama. Jangan marah jika ayat-ayatnya agak skema, ia bukan hasil tulisan aku. Al-maklumlah, majalah itupun untuk budak-budak. Tetapi, untuk budak-budak pun kita boleh belajar dari tokoh Melayu Boleh ini.
Clik to read more »

No comments so far · Tags: , , , , , , , ,

Kali ini blog ini nak masuk contest lain pulak. Walaupun masih meneruskan perjuangan dalam Cabaran Melayu Boleh, tetapi … kalau ada peluang lain, sambar aje kan :) Pertandingan yang lagi satu ni, tak memerlukan apa-apa skil pun. Bukan cabaran seo, tetapi hanya ikut sahaja arahan yang diberikan oleh Life4Hire, tuan punya blog yang menganjurkannya. Menurut beliau

“the points will be converted to tickets for the random winner pick and there’s also a bonus prize waiting for the contestant”

Clik to read more »

3 comments · Tags: , ,