Archive
Setelah langkah pertama dilakukan oleh Dr Sheikh Muszaphar, sudah tentu tidak mustahil Melayu boleh ke Marikh pula selepas ini.
Pada tepat jam 9:23 malam pada 10 October 2007, berlepas lah seorang bangsa Melayu ke angkasa lepas. Dr Sheikh Muszaphar bersama angkasawan Russia Yuri Malenchenko dan Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat merupakan anggota krew Soyuz TMA11 yang berlepas dari Baikonur Cosmodrome di Kazakhstan.
Pesawat Soyuz TMA-11 yang membawa angkasawan pertama negara itu selamat bercantum dengan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 10:52 malam waktu Malaysia pada 12 Okt pada jarak 350 kilometer dari Bumi di ruang angkasa rantau Asia Tengah.
Dr Sheikh Muszaphar, seorang doktor bedah ortopedik, akan melakukan empat kajian yang dirangka oleh saintis Malaysia termasuk kajian kesan mikrograviti dan radiasi terhadap sel barah serta bakteria.
Sedikit mengenai Dr Sheikh Muszaphar.

Nama: Dr. Sheikh Muszaphar Shukor
Tarikh Lahir: 27 Julai 1972
Tempat Lahir: Kuala Lumpur
Jantina: Lelaki
Warganegara: MalaysiaSejarah Kerjaya
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (2005-Present)
Hospital Selayang (2000-2001)
Hospital Kuala Lumpur (1999)
Hospital Seremban (1998)Pelajaran
SPM – MRSM MARA, MuarKelulusan
MBBS in KMC Manipal, India
Master in Orthopaedic Surgery in HUKM
Kenapa aku pilih Sheikh Muszaphar sebagai tokoh Melayu pertama aku pada Cabaran SEO Melayu Boleh ini.
Satu sahaja sebabnya – kami sebaya dan belajar di sekolah yang sama semasa sekolah rendah dahulu iaitu di St Paul’s Institution, Seremban
Tags: dr sheikh muszaphar, dr sheikh muszaphar shukor, marikh, ruang angkasa, soyuz tma · 7 comments · Leave a response »
Comment by KNizam · April 27, 2009 @ 7:34 am
banyaks iot blog ko maintain eh.
eh captcha tuh kecik sangat la. blur plak. hehe
Comment by azwan · April 27, 2009 @ 9:06 am
@KNizam
Yang ini, khas untuk contest Melayu Boleh. 2 bulan ni, mungkin banyak update, tetapi selepas itu, cukuplah sekadar 1 post sebulan. Aku dah test sebelum install, kecik tu, memang lah kecik tapi tak lah blur sangat.
ha… mungkin kau dah kena start pakai spec
Comment by Melayu Boleh Online · April 28, 2009 @ 1:48 am
hehe…jom kita berjuang…macam mana nak cari content ek? Aku ke-blur-an la..:-)
Comment by azwan · April 28, 2009 @ 10:51 pm
@Melayu Boleh Online
… ada banyak, kena pandai lah.
Kalau tak jumpa, cipta
Trackback by fark.my · May 4, 2009 @ 10:52 pm
Melayu Boleh Ke Marikh…
Setelah langkah pertama dilakukan oleh Dr Sheikh Muszaphar, sudah tentu tidak mustahil Melayu boleh ke Marikh pula selepas ini….
Comment by ohmelayu | Melayu Boleh · May 12, 2009 @ 7:45 pm
hoho. betul ker satu kelas?? wa..
Comment by azwan · May 12, 2009 @ 7:57 pm
ha..ha., satu kelas aku tak pasti .. sebab tak tahu mana perginya gambar-gambar sekolah dulu
tapi … satu sekolah tu memang, dan memang kenal pun since sekolah tu boleh kira budak melayunya.