Archive
Walaupun industri filem animasi Melayu tidak sebesar dan sehebat industri anime di Jepun, namun sejak akhir-akhir ini terdapat perkembangan yang menarik dalam industri ini. Filem animasi Melayu ‘Geng Pengembaraan Bermula’ berjaya mengaut keuntungan melebihi RM6 juta dan ia juga berjaya mendapat tempat dalam Malaysia Book of Records sebagai filem animasi 3D yang pertama di Malaysia. Ini menunjukkan bawah Melayu Boleh beranimasi.
Kalau Melayu mahu, sudah tentu Melayu Boleh kan?
Pada permulaannya, filem animasi tempatan dikeluarkan atas usaha kerajaan Malaysia sendiri. Animasi bermula di Malaysia dengan tertubuhnya Filem Negara (asalnya Unit Filem Malaya) pada 1946. Filem animasi pendek yang pertama ialah Hikayat Sang Kancil oleh Anandam Xavier yang ditayangkan sekitar 1983. Selepas itu muncul filem-filem pendek yang lain seperti Sang Kancil & Monyet, Sang Kancil & Buaya, Gagak Yang Bijak, Arnab Yang Sombong dan Singa Yang Haloba.
Kesemuanya ke arah memupuk sifat-sifat murni ke dalam jiwa kanak-kanak. Aku masih ingat semua filem-filem itu dan pada masa itu, tak pernah terfikir yang sang kancil itu adalah hanya seekor binatang
.
Kita sambung lagi nanti ye
Tags: 3D, filem negara, hikayat, malaysia book of records, sang kancil · 7 comments · Leave a response »
Comment by Rizal Komenebook · May 3, 2009 @ 10:59 am
Bak kata Upin dan Ipin..betul betul betul. Bidang animasi kat Malaysia dah semakin berkembang. Ia menunjukkan kesungguhan anak Malaysia untuk menguasai bidang animasi..moga2 boleh menyaingi industri besar di Jepun dan Amerika
Comment by KNizam · May 3, 2009 @ 11:54 pm
memang hebat la upin ipin tuh. teruja aku nak ke cinema. hehe
Comment by azwan · May 4, 2009 @ 8:55 am
@Rizal
walaupun sudah berkembang, tapi ia memerlukan lebih banyak masa lagi. sekarang ini, target audience lebih kepada kanak-kanak.
@Knizam
memang best!
Trackback by fark.my · May 4, 2009 @ 10:41 pm
Melayu Boleh BerAnimasi…
Pada permulaannya, filem animasi tempatan dikeluarkan atas usaha kerajaan Malaysia sendiri. Animasi bermula di Malaysia dengan tertubuhnya Filem Negara (asalnya Unit Filem Malaya) pada 1946….
Comment by mrahfa · May 5, 2009 @ 11:26 am
wah, kita wajib bersyukur jadi anak Melayu. Kita mesti terus berusaha macam ni untuk maju sama macam bangsa lain.
Pingback by Animasi Melayu Boleh - Silat Lagenda · May 12, 2009 @ 9:37 am
[...] masih tidak habis dengan pos-pos Animasi Melayu Boleh. Kali ini kita lihat Silat Lagenda. Jika kau mengikuti pos sebelum ini, Tokoh Melayu – Hassan Abd [...]
Pingback by Melayu Boleh - Animasi Sang Kancil & Buaya · May 12, 2009 @ 9:38 am
[...] terjumpa juga salah satu cerita animasi Sang Kancil, seperti yang aku nyatakan di dalam pos Melayu Boleh Beranimasi sebelum [...]