About
Blog ini dimulakan pada 25 April 2009 semata-mata untuk menyertai Cabaran SEO 2009 yang dianjurkan oleh Inspiration di forum JomBincang. Aku agak terlewat menyertainya kerana pendaftaran telah dibuka semenjak 31 March 2009 walaupun pertandingan sebenar hanya bermula 15 April 2009. So, sesiapa yang telah mula lebih awal sudah tentu mempunyai kelebihan.
Pertandingan ini juga adalah yang pertama aku sertai dengan menggunakan subdomain khas (ini salah satu syarat pertandingan) kerana dalam cabaran-cabaran SEO sebelum ini, aku hanya menggunakan satu post wordpress sahaja. Walaupun hanya satu post, masih lagi dalam top 10, so kira ok lah jugak kan
Oh, sebelum tu, keyword nya ialah Melayu Boleh.
Nampak mudah, tapi memandangkan ramai yang telah mendaftar, mungkin agak sengit kali ini.
Tujuan utama cabaran ini diadakan adalah untuk menolak keluar site-site sampah yang memenuhi muka pertama keputusan carian google yang menggunakan keyword Melayu Boleh.
Tujuan aku menyertainya pula adalah untuk
(1) Mengguna pakai teknik-teknik yang selama ini aku pelajari khas untuk sebuah blog niche.
(2) Siapa tak nak menang kan
? Hadiah pun lumayan, tak termasuk perluang pemasaraan – self branding ![]()
(3) Sudah tiba masanya orang Melayu sendiri membuka mata dunia bahawa – Melayu Boleh!
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai cabaran ini, sila lawat forum jom bincang di thread ini http://www.jombincang.com/forum/cabaran-seo/1582-cabaran-search-engine-optimization-2009-melayu-boleh.html